Search This Blog

Tuesday, July 13, 2010

Bila Aktivis Bersuara

Bila Akitivis Bersuara

Tiada parti, angkatan, barisan, pakatan atau kumpulan yang boleh saya sertai untuk meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Mereka. Hanya ruang Persatuan Blogger Islam Sabah, mizpalali.blogspot.com atau aktivis sosial yang mampu membantu untuk berkata dan bermantera tentang apa yang dilihat, dirasai, didengar dan disentuh. Tapi siapa yang peduli tentang semua itu? Kamu, mereka, ramai ke? Atau hanya saya yang terus menulis dan berkarut tanpa dipeduli oleh mereka yang terus menghirup udara yang diberi secara percuma.

Walau bagaimanapun, saya disini bukan untuk semua itu, saya disini dengan satu tujuan iaitu memaklum, bermadah, berkarut mana tahu boleh jadi tukang karut. Tukang yang mampu mengarut tentang suara yang terpadam sampai mati. Sebab selama aku mendengar dan melihat ada suara yang tak boleh didengar, bukan sebab bisu tapi suara hilang kerana mulut disumbat dengan wang. Kini wang telah menjadi Tuhan oleh si penganut agama. Kerana wang Tuhan sanggup dilupakan dan dibelakangi. Adakah itu sipenulis, sipembaca atau mereka yang tak tahu langsung tentang karut ini telah berTuhankan wang?

Sikarut terus bermadah, tambah gula, garam dan lada tapi rasanya masih tak enak seperti makanan di hotel yang mempunyai bulan dan bintang. Hotel yang punya bulan dan bintang orang kata sedap hidangannya, macam-macam ada, semua enak sampaikan nak berak pun katanya nikmat. Nak ke kita kesana? Mampu ke kita kesana? Apa yang kita sediakan untuk kesan? Cukup ke duit yang kita ada untuk tambang dan bekalan kesana? Sikarut bercerita bahawa dia tak punya apa-apa untuk berbelanja di hotel yang punya bulan dan bintang. Bila duit kita ada? Sampai si Izrail datang menjemput kita? Masa itu kita tiada masa nak mencari karun. Apa yang tinggal nyawa yang tak lepas dari kerongkong.

Dunia ini sementera, kata si Wali ingat mati, ingat sakit, ingat hidup satu kali, berapa dosa kau buat, berapa kali maksiat cuba ingat-ingat akhirat. Adakah kita telah beringat? Atau duit telah buat kita lupa akhirat. Kita perlu bergabung dan bersatu macam pantai dan laut, macam lagu dan irama. Sebab kita adalah satu, ciptaanNya. Bukan kerana 1 Malaysia, Bukan kerana Pakatan Rakyat tapi kita manusia yang berkongsi duduk di alamNya. Karut ini tidak akan di tumpukan kenapa enjin jet hilang, kapal selam yang tak boleh menyelam, si hero peliwatan, si hero agensian, si kaki sumpah di rumah bintang dan bulan, tapi karut ini suka mantera yang sedap didengar, anak tak sengaja, kemaksiatan, termiskinan, salah masuk agama yang benar, hak-hak ragutan, tentang alam paling penting kesatuan dan perkongsian yang benar. Mana tahu ada darjat yang ditinggikan agar senang di alam kekal.

Sikarut terus bermantera. Manteranya tanpa asap, manteranya tanpa jampi, jampi yang dia tahu sudah lupa sebab Al-quran dan Sunnah. Amalan telah hilang bukan ditinggalkan tetapi telah dibawa oleh nenek moyang. Apa yang tinggal? Sejarah dan kenangan. Kenapa mereka tak hilang sebab ilmu dan wawasan. Apakah amalan akan datang semula? Si karut berjampi mungkin ya tapi tak tahu bila. Tapi yang pasti bila agama dan kehidupan terpisah, mereka akan datang dalam wajah yang tampan cantik dan indah. Mereka akan buat kita tergoda dan berkata sudi ke kamu menerimaku sebagai teman dan pasanganmu? Masa itu kita bukan manusia yang boleh duduk di hotel berbintang dan berbulan, tapi kita akan duduk di rumah si Makjut dan di bawah pohon Jakkum. Sedap rasanya sampai kita tak mahu mencubanya. Tapi apa nak dikata kalau dah sampai disana kenalah menikmatinya.

Ruangan ini adalah hiburan sambil beramal. Apa kata kita sama-sama mengambil bahagian!